Khamis, 28 November 2013

ASAS
Asas merupakan elemen struktur yang penting dalam menentukan kekukuhan dan kestabilan sesebuah binaan. Ia juga berperanan menanggung keseluruhan beban dan mengagihkan beban itu ke tanah. Asas merupakan bahan yang paling bawah sekali dalam struktur bangunan yang menyentuh terus ke permukaan tanah. Bagi pembinaan Struktur Pemancar Sistem Telokomunikasi, ia merupakan kerja awal yang dilakukan sebelum proses pembinaan seterusnya. Kebiasaannya, asas di bina pada kedalaman antara 1 hingga 5 meter terutamanyabagi tanah biasa. Kedalaman ini berada di bawah aras permukaan tanah untuk memastikan asas tersebut terletak di atas lapisan tanah yang kukuh dan bertujuanuntuk mengelakkannya daripada bergerak sisi.




FUNGSI-FUNGSI ASAS
Memindahkan beban struktur kepada tanah dengan selamatnya.
Untuk mengelakkan daripada berlakunya pengenapan.
Menyediakan permukaan yang rata untuk kerja-kerja binaan.
Meninggikan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang ditanam di dalam tanah

Oleh kerana asas mempunyai fungsi yang penting iaitu menanggung segala beban di atasnya maka perkara-perkara berikut mestilah diketahui sebelum penentuan ukuran asas.
Tekanan galas pada dasaran asas tidak melebihi tekanan yang dibenarkan
Pengenapan asas adalah dalam had yang bersesuaian
Pengenapan yang tidak seimbang hendaklah dikurangkan untuk mengelakkan sebarang kerosakan kepada struktur.

PEMILIHAN JENIS ASAS
Asas bangunan, struktur bawah tanah dan super struktur adalah berkaitan dan ianya bergantung antara satu sama lain. Bagi mendapatkan kekuatan maksimum dan ekonomi, keseluruhan struktur asas perlulah di ambil kira dan di reka bentuk secara menyeluruh. Asas bangunan memainkan peranan yang lebih penting lagi apabila bangunan-bangunan yang hendak di bina adalah lebih besar dan tiggi. 

Pemilihan asas bangunan bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah :
Keadaan dan kekuatan tanah serta keupayaan galas tanah.
Jenis asas yang di pilih dengan mengambil kira dari segi ekononi asas dan struktur bangunan keseluruhannya.
Sifat dan jenis bangunan.
Agihan beban daripada superstruktur.


KATEGORI ASAS
Asas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu asas cetek dan asas dalam. Mengikut Terzaghi yang dikatakan asas cetek itu ialah apabila dalamnya itu lebih kurang atau bersamaan dengan lebarnya. Asas dalam pula ialah apabila dalamnya itu melebihi lebarnya pula. 

JENIS- JENIS ASAS 
Pengelasan umum bagi jenis-jenis asas yang digunakan dalam pembinaanadalah seperti berikut : 

Asas papak / Pad (pad unggul)
Asas papak atau asas pad merupakan salah satu asas yang dibina di kawasan yang kekuatan tanahnya tinggi. Selain daripada itu, ia juga di bina di satu persatu dan bertaburan di man di atasnya di letakkan tiang-tiang batu atau ting konkrit dengan tinggi sehingga ke paras tanah. Taburan kedudukan asas ini di tentukan oleh beban yang dikenakan oleh bangunan keupayaan galas tanah tersebut



Asas Jalur 
Asas jenis ini mengandungi jalur yang dibuat daripada konkrit bagi menanggung dinding galas beban. Ia di bina sebagai alas mendatar dimana di atasnya di bina dinding. Tujuan pembinaan asas juga ini juga adalah sama iaitu menyebakan beban ke kawasan yang lebih besar dan luas iaitu tanah. Lebar asas ini bergantung kekuatan galas tanah dan beban di atasnya. Semakin tiggi kekuatan galas tanah, maka sekin lebar asas yang diperlukan walaupun beban sama. Lebar minimum bagi asas ini ialah 450mm kebiasaanya bagi pembinaan bangunan dua tingkat di kawasan tanah biasa. Bagi tebalnya pula ialah 150mm iaitu sama dengan unjuran pada setiap tepi dinding.




Asas Rakit
Asas ini biasanya di gunakan di kawasan tanah yang keupayaan tanggung bebannya rendah (low bearing capacity) contonya di kawasan tanah lombong , yang mana tekanan daripada asas bangunan perlulah di sebarkan ke kawasan lebih luas iaitu tanah. Ia digunakan segai satu altenatif bagi memudahkan kerja pembnaan struktur yang disokong oleh tiang –tiang yang rapat, dimana asas padnya berdekatan bangunan daripada lubang korekan dengan tanah korekan yang berselerak. Oleh kerana asas ini meliputi keseluruhan kawasan bangunan yang di bina, perbezaan pemendapan (unegual settement) di satu-satu bahagian tanah akan dapat dielakkan, asas jenis ini terdiri daripada lantai konkrit dengan dua lapisan tetulang denan tebal sehingga 300mm dan ianya akan di tebalkan lagi apabila terdapat dinding tanggung beban. Tutulang di letakkan dengan cara satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian bawah.





Terdapat 3 jenis asas rakit:
1. Plat rata (ketebalan seragam)
2. Plat rata yang ditebalkan di bawah tiang, rasuk dan papak. Rasuk merentang di          kedua-dua hala dan tiang terletak di persilangan rasuk.
3. Papak dengan dinding basement sebagai hamparan. Dinding bertindak sebagai      pengukuh hamparan


Asas Cerucuk 
Asas jenis ini merupakan asas dimana beban dari bangunan di bawa dan di sebarkan ke aras yang sesuai didalam tanah melalui tiang yang di kenali sebagai cerucuk. Asas jenis ini biasanya digunaknan di kawasan tanah berbatu yang keras dan kuat jauh di bawah tanah. Kebiasaanya pengunaan asas cerucuk ini adalah bagi pembinaan bangunan yang besar dan tinggi.




Kerja Cerucuk Di Tapak bina
Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didrikan. Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk, tidak semua ketentuan adalah muktamat. Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan di tapak bina sebelum ini, hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan teknik penanamannya adalah sama


                                                                                     https://www.youtube.com/watch?v=gSK32HIMlT8

Cerucuk ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

1.Cerucuk Tanggung (Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oleh lapisan tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya. Cerucuk-cerucuk ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya. Jarak dia antara cerucuk-cerucuk berdasarkan kepada saiz cerucuk Dan bahan yang digunakan.

2.Cerucuk Geseran (Cerucuk geseran kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan dengan tanah – Cerucok ini ditnggung oleh daya gesean diantar atanah dan permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerucuk-cerucuk hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerucuk.Oleh kerana banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.


Berdasarkan kepada kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di bahagikan kepada :

i.Cerucuk tanpa anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile.

ii.Cerucuk anjakan kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H – Pile, Sheet Pile, Pipe Pile, Concrete spun pile dan lain-lain lagi
iii.Cerucuk anjakan besar ( Large-Displacement Pile )
Contohnya Reinforcement Concrete pile.




Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut :

i.Cerucuk Bakau
Saiz 3” atau 5” bulat
Beban yang dibenarkan 3/2 – 1 tan
Mesti berada di bawah paras air bawah tanah yang minima.

ii.Cerucuk kayu berubat ( Tanalised Timebr Pile )
Saiz 5” x 5”, 6” x 6”
Jenis kayu : kempas & keruing
Beban yang dibenarkan 8-15 tan

iii.Cerucuk konkrit bertetulang ( R.C. Pile ) 
Saiz 12” x 12”, 14” x 14”, 15” x 15”
Beban yang dibenarkan 42– 65 tan

iv.Cerucuk konkrit tegas dahulu
Saiz 10” x 10”, 12” x 12”, 14” x 14”, 16” x 16”
Beban yang dibenarkan 45 –110

v.Cerucuk keluli H
Saiz 8” x 8”, 10” x 10”, 12” x 12”
Beban yang dibenarkan 50 – 150

vi.Cerucuk gerek tuang di tempat ( Cast Insitu Bored Pile )
Saiz 18” – 160” bulat
Beban 60 – 1000 tan.


KEGAGALAN ASAS

Biasanya asas menghadapi dua masalah utama iaitu :. 
i ) Merekabentuk bentuk dengan betul elemen asas bagi                   memindahkan beban dari binaan tanah. 
ii) Menilaikan kebolehan atau keupayaan tanah untuk                         menanggung sesuatu binaan yang selamat.

Secara amnya, kegagalan asas terjadi akibat daripada :
 i) Berlaku kegagalan ricihan am di mana-mana bahagian asas. 
ii) Berlaku kegagalan ricihan tempatan, iaitu sesuatu berlaku di  tempat-tempat tertentu dan mengakibatkan berlakunya          pengenapan tekanan.

 iii) Jumlah enapan terhasil disebabkan beban yang berlebihan.

PEMENDAPAN ASAS 
Gerakan secara megak ke bawah oleh struktur bawah bangunan dikenali sebagai pemendapan kesanya terhadap struktur bangunan di bina bergantung kepadafaktor –faktor berikut :
 i. Besar atau luasnya pemendapan yang berlaku.
 ii. Keseragaman atau persamaan pemendapan.
 iii. Masa yang di ambil bagi pemendapan berlaku. 
iv. Keadaan struktur bangunan.

 Faktor-faktor permendapan asas
Pemendapan asas di sebabkan oleh beberapa perkara antaranya ialah :
 i. Tekanan bebanan struktur bangunan tanah 
ii. Perubahan kandungan lembapan tanah
 iii. Pemendapan berlaku akibat daripada operasi perlombongan yang di jalankan di kawasan berhampiran tapak bina.
 iv. Gerakan tanah secara semulajadi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan