ASAS
Asas merupakan
elemen struktur yang penting dalam menentukan kekukuhan dan kestabilan sesebuah
binaan. Ia juga berperanan menanggung keseluruhan beban dan mengagihkan beban
itu ke tanah. Asas merupakan bahan yang paling bawah sekali dalam struktur
bangunan yang menyentuh terus ke permukaan tanah. Bagi pembinaan Struktur
Pemancar Sistem Telokomunikasi, ia merupakan kerja awal yang dilakukan sebelum
proses pembinaan seterusnya. Kebiasaannya, asas di bina pada kedalaman antara 1
hingga 5 meter terutamanyabagi tanah biasa. Kedalaman ini berada di bawah aras
permukaan tanah untuk memastikan asas tersebut terletak di atas lapisan tanah
yang kukuh dan bertujuanuntuk mengelakkannya daripada bergerak sisi.
FUNGSI-FUNGSI
ASAS
Memindahkan beban struktur kepada
tanah dengan selamatnya.
Untuk mengelakkan daripada
berlakunya pengenapan.
Menyediakan permukaan yang rata
untuk kerja-kerja binaan.
Meninggikan kestabilan struktur
dengan adanya struktur yang ditanam di dalam tanah
Oleh kerana asas
mempunyai fungsi yang penting iaitu menanggung segala beban di atasnya maka
perkara-perkara berikut mestilah diketahui sebelum penentuan ukuran asas.
Tekanan galas pada dasaran asas
tidak melebihi tekanan yang dibenarkan
Pengenapan asas adalah dalam had
yang bersesuaian
Pengenapan yang tidak seimbang
hendaklah dikurangkan untuk mengelakkan sebarang kerosakan kepada struktur.
PEMILIHAN JENIS
ASAS
Asas bangunan,
struktur bawah tanah dan super struktur adalah berkaitan dan ianya bergantung
antara satu sama lain. Bagi mendapatkan kekuatan maksimum dan ekonomi,
keseluruhan struktur asas perlulah di ambil kira dan di reka bentuk secara
menyeluruh. Asas bangunan memainkan peranan yang lebih penting lagi apabila
bangunan-bangunan yang hendak di bina adalah lebih besar dan tiggi.
Pemilihan asas
bangunan bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah :
Keadaan dan
kekuatan tanah serta keupayaan galas tanah.
Jenis asas yang
di pilih dengan mengambil kira dari segi ekononi asas dan struktur bangunan
keseluruhannya.
Sifat dan jenis
bangunan.
Agihan beban
daripada superstruktur.
KATEGORI ASAS
Asas boleh
dibahagikan kepada dua kategori iaitu asas cetek dan asas dalam. Mengikut
Terzaghi yang dikatakan asas cetek itu ialah apabila dalamnya itu lebih kurang
atau bersamaan dengan lebarnya. Asas dalam pula ialah apabila dalamnya itu
melebihi lebarnya pula.
JENIS- JENIS
ASAS
Pengelasan umum
bagi jenis-jenis asas yang digunakan dalam pembinaanadalah seperti berikut
:
Asas papak / Pad
(pad unggul)
Asas papak atau
asas pad merupakan salah satu asas yang dibina di kawasan yang kekuatan
tanahnya tinggi. Selain daripada itu, ia juga di bina di satu persatu dan
bertaburan di man di atasnya di letakkan tiang-tiang batu atau ting konkrit
dengan tinggi sehingga ke paras tanah. Taburan kedudukan asas ini di tentukan
oleh beban yang dikenakan oleh bangunan keupayaan galas tanah tersebut
Asas Jalur
Asas jenis ini
mengandungi jalur yang dibuat daripada konkrit bagi menanggung dinding galas
beban. Ia di bina sebagai alas mendatar dimana di atasnya di bina dinding.
Tujuan pembinaan asas juga ini juga adalah sama iaitu menyebakan beban ke
kawasan yang lebih besar dan luas iaitu tanah. Lebar asas ini bergantung
kekuatan galas tanah dan beban di atasnya. Semakin tiggi kekuatan galas tanah,
maka sekin lebar asas yang diperlukan walaupun beban sama. Lebar minimum bagi
asas ini ialah 450mm kebiasaanya bagi pembinaan bangunan dua tingkat di kawasan
tanah biasa. Bagi tebalnya pula ialah 150mm iaitu sama dengan unjuran pada
setiap tepi dinding.
Asas Rakit
Asas ini biasanya di
gunakan di kawasan tanah yang keupayaan tanggung bebannya rendah (low bearing
capacity) contonya di kawasan tanah lombong , yang mana tekanan daripada asas
bangunan perlulah di sebarkan ke kawasan lebih luas iaitu tanah. Ia digunakan segai
satu altenatif bagi memudahkan kerja pembnaan struktur yang disokong oleh tiang
–tiang yang rapat, dimana asas padnya berdekatan bangunan daripada lubang
korekan dengan tanah korekan yang berselerak. Oleh kerana asas ini meliputi
keseluruhan kawasan bangunan yang di bina, perbezaan pemendapan (unegual
settement) di satu-satu bahagian tanah akan dapat dielakkan, asas jenis ini
terdiri daripada lantai konkrit dengan dua lapisan tetulang denan tebal
sehingga 300mm dan ianya akan di tebalkan lagi apabila terdapat dinding
tanggung beban. Tutulang di letakkan dengan cara satu di bahagian atas dan satu
lagi di bahagian bawah.
Terdapat 3 jenis asas
rakit:
1. Plat rata (ketebalan
seragam)
2. Plat rata yang
ditebalkan di bawah tiang, rasuk dan papak. Rasuk merentang di kedua-dua
hala dan tiang terletak di persilangan rasuk.
3. Papak dengan dinding
basement sebagai hamparan. Dinding bertindak sebagai pengukuh
hamparan
Asas Cerucuk
Asas jenis ini
merupakan asas dimana beban dari bangunan di bawa dan di sebarkan ke aras yang
sesuai didalam tanah melalui tiang yang di kenali sebagai cerucuk. Asas jenis
ini biasanya digunaknan di kawasan tanah berbatu yang keras dan kuat jauh di
bawah tanah. Kebiasaanya pengunaan asas cerucuk ini adalah bagi pembinaan
bangunan yang besar dan tinggi.
Kerja Cerucuk Di
Tapak bina
Penanaman cerucuk
adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali di dalam sesuatu projek.
Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas ditimbus, kerja-kerja
memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat kesilapan. Keadaan menjadi
lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau kerosakan disedari atau berlaku
apabila struktur telah didrikan. Walaupun penyelidikan tapak telah
merumuskan panjang cerucuk yang perlu ditanam di sesuatu projek, ianya mestilah
diterima dengan cermat kerana di dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk,
tidak semua ketentuan adalah muktamat. Oleh itu kerja-kerja cerucuk selalunya
dikategorikan sebagai ‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila
siap kerja nanti.Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan di tapak bina
sebelum ini, hanya cerucuk R.C. keluli dan kayu akan disentuh memandangkan
teknik penanamannya adalah sama
Cerucuk ini boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
1.Cerucuk Tanggung
(Cerucuk tanggung hujung (End-bearing Pile) iaitu cerucuk di tahan oleh lapisan
tanah keras atau batu – Cerocok ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan
tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya. Cerucuk-cerucuk
ini merupakan tiang-tiang yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung
kesemua beban bangunan. Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah
atau batu yang menyokongnya. Jarak dia antara cerucuk-cerucuk berdasarkan kepada
saiz cerucuk Dan bahan yang digunakan.
2.Cerucuk Geseran
(Cerucuk geseran kulit ( Skin frictional Pile ) iaitu beban struktur di
tanggung oleh geseran kulit di seluruh permukaan cerucuk yang bersentuhan
dengan tanah – Cerucok ini ditnggung oleh daya gesean diantar atanah dan
permukaan cerocok. Oleh sebab itu bahan yang digunakan untuk cerocok ini
haruslah mempunyai permukaan yang kasar dan jarak diantara cerucuk-cerucuk
hendaklah dirapatkan mengikut sifat-sifat tanah dan bahan cerucuk.Oleh kerana
banyak faktor-faktor yang di sebut diatas seperti kekuatan tanah dan lain-lain
adalah perkara yang relatif, maka kebanyakan cerucuk mempunyai kedua-dua sifat
tanggung hujung dan geseran kulit tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.
Berdasarkan kepada
kesan yang dibawa oleh cerucuk kepada tanah, maka cerucuk boleh di bahagikan
kepada :
i.Cerucuk tanpa
anjakan (Non-Displacement Pile) seperti Bored, Micro Pile.
ii.Cerucuk anjakan
kecil ( small-Displacement Pile ) seperti H – Pile, Sheet Pile, Pipe Pile,
Concrete spun pile dan lain-lain lagi
iii.Cerucuk anjakan
besar ( Large-Displacement Pile )
Contohnya
Reinforcement Concrete pile.
Berdasarkan kepada
jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh dibuat seperti diberikut :
i.Cerucuk Bakau
Saiz 3” atau 5” bulat
Beban yang dibenarkan
3/2 – 1 tan
Mesti berada di bawah
paras air bawah tanah yang minima.
ii.Cerucuk kayu
berubat ( Tanalised Timebr Pile )
Saiz 5” x 5”, 6” x 6”
Jenis kayu : kempas
& keruing
Beban yang dibenarkan
8-15 tan
iii.Cerucuk konkrit
bertetulang ( R.C. Pile )
Saiz 12” x 12”, 14” x
14”, 15” x 15”
Beban yang dibenarkan
42– 65 tan
iv.Cerucuk konkrit
tegas dahulu
Saiz 10” x 10”, 12” x
12”, 14” x 14”, 16” x 16”
Beban yang dibenarkan
45 –110
v.Cerucuk keluli H
Saiz 8” x 8”, 10” x
10”, 12” x 12”
Beban yang dibenarkan
50 – 150
vi.Cerucuk gerek tuang
di tempat ( Cast Insitu Bored Pile )
Saiz 18” – 160” bulat
Beban 60 – 1000 tan.
KEGAGALAN ASAS
Biasanya asas
menghadapi dua masalah utama iaitu :.
i ) Merekabentuk
bentuk dengan betul elemen asas bagi memindahkan beban dari binaan tanah.
Secara amnya,
kegagalan asas terjadi akibat daripada :
i) Berlaku kegagalan
ricihan am di mana-mana bahagian asas.
ii) Berlaku kegagalan
ricihan tempatan, iaitu sesuatu berlaku di tempat-tempat tertentu dan
mengakibatkan berlakunya pengenapan tekanan.
iii) Jumlah
enapan terhasil disebabkan beban yang berlebihan.
PEMENDAPAN ASAS
Gerakan secara megak
ke bawah oleh struktur bawah bangunan dikenali sebagai pemendapan kesanya
terhadap struktur bangunan di bina bergantung kepadafaktor –faktor berikut :
i. Besar atau
luasnya pemendapan yang berlaku.
ii. Keseragaman
atau persamaan pemendapan.
iii. Masa yang
di ambil bagi pemendapan berlaku.
iv. Keadaan struktur
bangunan.
Faktor-faktor
permendapan asas
Pemendapan asas di
sebabkan oleh beberapa perkara antaranya ialah :
i. Tekanan
bebanan struktur bangunan tanah
ii. Perubahan kandungan
lembapan tanah
iii. Pemendapan
berlaku akibat daripada operasi perlombongan yang di jalankan di kawasan
berhampiran tapak bina.
iv. Gerakan
tanah secara semulajadi.